Posted by: mppm.jo | April 16, 2009

Sambung belajar di Jordan

Kredit untuk Hilal Asyraf daripada blog www.langitilahi.com

http://ms.langitilahi.com/sambung-belajar-ke-jordan/

Semestinya, selepas keputusan SPM keluar, maka pemilihan IPT akan menjadi isu utama kepada lepasan-lepasan SPM. Saya ingin mengambil saat dan ketika ini untuk mempromosikan tempat belajar saya, yakni Jordan. Lebih spesifik lagi, Irbid. Saya tidak akan hanya mempromosi University of Yarmouk, tetapi saya akan promosi juga pengajian di Jordan Univeristy of Science and Technology(JUST)

Kelebihan pertama apabila anda studi di sini adalah, ini adalah bumi para anbiya. Tanah-tanah di sini menjadi saksi perjuangan golongan awal pembawa amanah ALLAH untuk menyebarkan deen ALLAH sejak zaman berzaman. Jordan juga pada hakikatnya termasuk di dalam tanah Syam yang diberkati.

Kita bicara berkenaan tempat dahulu. Kenapa saya promosi Irbid, Jordan? Bukan mantiqah(daerah) lain di Jordan ini? Hal ini kerana, Irbid merupakan satu mantiqah yang unik kerana ia mengumpulkan dua aliran yang berbeza, iaitu deeniah dari University of Yarmouk, dan perubatan/pergigian dari JUST. Kedua-dua universiti ini juga dikira dekat dengan tempat tinggal pelajar. Lebih istimewa, ¾ pelajar melayu Jordan adalah berada di Irbid.

Oleh kerana komuniti melayu di sini ramai, maka kehidupan menjadi tidak ditdan ketinggian akhlak. Kalau anda hendak tahu, profesor-profesor di Yarmouk dan JUST sangat menghormati orang melayu. Masyarakat di sini juga, majoritinya memuliakan orang melayu. Semuanya kerana ketinggian syahsiah, dan adab yang ditunjukkan oleh senior terdahulu.

Untuk meneruskan kehidupan harian, seperti membeli barang, ke univeristi dan sebagainya, maka Irbid memang tempat yang strategik. Hal ini kerana, Irbid merupakan bandar kedua terbesar selepas Amman, yakni ibu negara Jordan. Kedai-kedai barangan harian bersepah di Irbid ini. Tambahan, barangan komputer juga mudah didapati.

Kedudukan Universiti juga amatlah dekat, tambahan untuk pelajar yarmouk. Jarak tempat tinggal pelajar, ke universiti Yarmouk hanya memakan masa sepuluh minit dengan berjalan kaki. Bagi pelajar JUST pula, mereka perlu menaiki bas. Tetapi itu bukan masalah, kerana ada ramai orang melayu yang akan menemani anda.

Kita lihat pula kursus yang disediakan.

Untuk Yarmouk ialah: Usul Fiqh, Usuluddin, Dirasat Islamiyyah, Bahasa dan Ekonomi Islam.

Untuk JUST pula ialah: Perubatan dan Pergigian.

Baiklah, kita masuk kepada sistem pembelajaran.

Yarmouk dan JUST menggunakan sistem yang sama. Dalam setahun, ada 3 semester. Semester satu, semester dua, dan semester musim panas. Perbezaannya adalah, untuk pelajar yarmouk, semseter musim panas adalah pilihan, manakala untuk pelajar JUST, semester musim panas adalah wajib.

Tetapi untuk pengetahuan semua, semester musim panas hanya sekitar sebulan setengah sahaja. Pendek. Kelebihan untuk pelajar Yarmouk yang mengambil juga sem ini, mereka boleh memendekkan tahun pembelajaran. Hal ini kerana, untuk univeristi Yarmouk, tiada masa tetap untuk menghabiskan pengajian.

Di Yarmouk, pembelajaran dikira mengikut bilangan mata pelajaran. Contohnya saya, saya mengambil Usuluddin. Kursus Usuluddin di sini mempunyai 48 mata pelajaran. Satu sem, pelajar dibenarkan mengambil paling banyak adalah 6 mata pelajaran, manakala paling sikit adalah tiga atau dua. Jika saya mengambil satu sem 6 mata pelajaran, ditambah pula dengan mengambil sem musim panas, maka saya akan habis pembelajaran saya di sini dengan cepat. Sem musim panas, seorang pelajar itu dibenarkan mengambil paling banyak 3 mata pelajaran, dan paling sikit satu mata pelajaran.

Untuk pelajar JUST, mereka sudah disiapkan mata pelajaran, dan jadual mata pelajaran. Pelajar JUST tidak bebas memilih berapa mata pelajaran yang dikehendaki, kerana semua sudah siap disusun.

JUST menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Manakala Yarmouk menggunakan bahasa arab.

Persamaan antara JUST dan Yarmouk dalam sistem pembelajaran adalah, markah dikira mengikut pointer. Kemudian kedua-dua univeristi memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih pensyarah sendiri. Kedua-dua univeristi juga memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menyusun jadual belajar di universiti sendiri.

Kelebihan untuk pelajar JUST, mereka akan menjalani peperiksaan hanya dengan soalan objektif di komputer, tanpa perlu menjawab soalan berbentuk esei atau isi tempat kosong menggunakan pen. Mereka juga, sehingga tahun tiga tidak akan diberikan kerja kursus. Bagi pelajar perubatan dan pergigian, kedua-duanya sama. Apabila masuk sahaja tahun keempat, maka pelajar JUST akan dihantar ke hospital dan klinik untuk praktikal. Bagi pelajar perubatan selama 3 tahun, bagi pergigian selama 2 tahun. Sebab itulah, antara kelebihan belajar di JUST, doktor-doktor yang dikeluarkan akan mampu bermokunikasi di dalam bahasa arab. Anda akan berjumpa pelajar-pelajar perubatan yang hafiz, dan fasih berbahasa arab, malah mampu membaca kitab arab di sini. Jangan terkejut. Dan anda juga boleh jadi seperti itu.

Kita masuk pula kepada kos. Kos akan terbahagi kepada dua. Kos pembelajaran dan kos sara hidup.

Mudahnya, saya tulis begini,

Kos pembelajaran di Yarmouk adalah seperti berikut.

Yuran semester: 35JD = RM210

Yuran subjek:1 subjek 48JD=RM288(kalau satu sem ambil enam=288X6=RM1728

Jadi, katakalah kursus tu ada 48 subjek. Untuk habiskan 48 subjek dalam masa 4 tahun, kosnya adalah 48JDx48=2304JD=RM13824

Untuk kemasukan ke Yarmouk, maka akan ada yuran kemasukan.

Yuran kemasukan itu berjumlah: 50JD=RM300

Juga yuran markaz bahasa: 800JD=RM4800(Markaz bahasa ini wajib diambil oleh pelajar bukan arab selama satu semester sebelum memulakan pembelajaran secara penuh di Univeristi)

Itu untuk Yarmouk.

Untuk JUST, bayarannya adalah mengikut credit hour. Kos belajar di JUST amat mahal. Satu credit hour berharga 200JD=RM1200. Biasanya pelajar perlu mengambil sekitar 18 jam seminggu. Jadi bayaran untuk satu sem di JUST adalah 18×200=3600JD=RM21600.

Bayaran untuk pelajar JUST secara sebetulnya tidak dapat diketahui dengan jelas sangat. Kerana, biasanya pelajar JUST di sini adalah pelajar yang mendapat biasiswa MARA atau JPA. Hal-hal pembayaran akan diuruskan oleh MARA dan JPA. Pelajar biasiswa biasanya tak pening kepala bab bayar yuran ni.

Sebab itulah biasanya, yang pergi ke JUST ini adalah yang memohon biasiswa MARA dan JPA. Bila memohon JPA atau MARA, mintalah program middle east. Untuk yang mengambil perubatan, anda akan mempunyai peluang 50:50. Kerana ada kemungkinan anda akan dihantar ke Mesir. Tetapi bagi yang mengambil Pergigian, anda dengan yakinnya, 100% akan dihantar ke Jordan. Untuk tambahan pengetauan, pengajian pergigian di JUST adalah mudah.

Bab mahal belanja ni, jika ayah anda seorang bisnesman, atau mampu menampung perbelanjaan, maka jangan segan untuk datang ke mari.

Untuk kos sara hidup pula, seorang pelajar itu bisa hidup dengan selesa di Irbid ini jika dia ada sekitar RM600 sebulan, yakni sekitar 100JD. Dengan 100JD, anda boleh membayar sewa rumah, duit api air elektrik, duit dapur, dan ada sedikit duit untuk simpanan, beli kitab, atau hendak joli makan di luar dan membeli aksesori rumah dan sebagainya.

Jadi, saya simpulkan, rutin perbelanjaan di Jordan adalah seperti ini,

Duit poket untuk sebulan: RM600

Yuran satu sem Yarmouk: RM1728(jika ambil enam mata pelajaran)

Yuran wajib sem untuk Yarmouk: RM210

Yuran satu sem JUST: RM21600(18 credit hour satu sem)

Yuran wajib sem JUST: 85JD = RM425

Sebagai pesanan kepada pelajar baru Yarmouk, sebaiknya jika datang ke Jordan, perlulah mempunyai RM6000 di dalam simpanan. Pertama, untuk urusan membeli perabot rumah, kedua, untuk urusan pendaftaran Markaz bahasa yang biasanya hendak cepat.

Inilah dia belanja di Jordan.

Sebenarnya taklah terlalu mahal(untuk pelajar Yarmouk) dan taklah terlalu murah. Sederhana.

Kita masuk ke point akhir, macam mana nak mohon ke Yarmouk dan JUST?

Ha…

Untuk masuk ke Univeristi Yarmouk, mahupun JUST(untuk private), caranya sama sahaja.

Isi borang KPT dan hantarkan kepada KPT semula. Kemudian tunggu jawapannya.

Mana hendak dapatkan borang KPT? Anda boleh mendownloadnya di bahagian BAHAN di website ini. Download, isi, cukupkan semua kehendak borang itu, dan hantar ke KPT.

Untuk pelajar yang ingin memohon biasiswa MARA dan JPA, borang diisi secara online. Tawaran sudah dibuka. MARA juga dimohon melalui laman web JPA. Linknya adalah seperti berikut,

http://www.jpa.gov.my/2009/03/1019/

Untuk mengetahui syarat-syarat permohonan biasiswa JPA dan MARA, anda boleh download syarat-syaratnya di bahagian BAHAN di website ini.

Untuk marhalah seterusnya, atau jika anda mempunyai lagi kemusykilan dan sebagainya, anda boleh contact orang-orang berikut,

Saya sendiri: suriagaruda@gmail.com

Afiq Fawwaz(pelajar JUST): bazinjan75@yahoo.com

Sahel Nordin(pelajar ekonomi Yarmouk): rijalraqaiz_89@yahoo.com

Syaiful Syafizan(pelajar tahun 2 Usul Fiqh Yarmouk): space_odysey87@yahoo.com

 

Kalau nak sambung belajar di Jordan, contact ya.

 

Ps: untuk pengetahuan semua, kini MARA dan JPA telah membuka tawaran biasiswa kepada sesiapa yang ingin mengambil ekonomi ISLAM. Sila rujuk laman web JPA.


Responses

  1. salam sahabat disana..saya just mahu bertanya..disana mesti ader kelas untuk belajar bahasa arab…saya sangat berhajat untuk belajar bahasa arab disana..bagaimana pula kos nye smue..kerana on 2010, saya akan grad in diploma accontancy..so sebelum saya enter to degree..saya teringin mempunyai pengetahuan bahasa syurga tersebut..harap dapat reply di e-mail saya..syukran…

  2. saya berminat untuk ke jordan melancung dan melawat masjid aqsa di palastin bila saudara free/cuti untuk sama-sama kita ke palastine/israel

  3. salam ya sayyid sohibul urdun..ana akhuk ibnu jaafar nak tye ckiit larr..cane nk smbg blaja kat u-u jordan dlm bidang syriah or usuldn dgn persndrian..
    sy de spm jerr 2 pn ckup2 makan aja..
    kpt da ttp la kmasukan…
    so how..

  4. Salam, pengajian kat sana perlu tak guna laptop?
    laptop perlu bawa ke tak?

  5. salam,,,hemm,,sya nak tanya sikit,,
    first kami semua sampai di sana kami akan tinggal di mana???..
    syukran,,,maasalamah,,

  6. salam,
    saya dpt tawaran untuk menymbung pengajian peringkat sarjana di yarmouk september 2009 ni, disini ada beberapa persoalan

    1) dalam tempoh berapa lama biasanya pelajar akan menguasai bahasa ammiah n fushah??

    2)sekiranya saya kesana, adakah persatuan akan membantu saya mencari kediaman dan keperluan krn sy pergi seorang dan secara persendirian..

    3) anggaran yuran untuk pelajar sarjana??
    syukran

  7. Salam…saya ingin bertanya bolehkah saya memasuki JUST dalam bidang perubatan dengan menggunakan result Foundation in biological science saya? Berapa pula pointer(CGPA) yang minimum yang perlu saya dapat bagi melayakkan diri serrta berapa kos penuh bagi program perubatan di sana? Harap pihak tuan dapat membantu saya secepat mungkin…..

  8. Salam…kos penuh yang saya maksudkan ialah(tution fees)……terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: