BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN JORDAN (BKMNS) atau الجمعية الخيرية للطلبة نجري سمبيلن بالأردن atau NEGERI SEMBILAN’S STUDENTS CHARITY SOCIETY OF JORDAN merupakan persatuan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jordan yang berasal dari Negeri Sembilan. Badan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan anak-anak negeri.
PENUBUHAN
Telah ditubuhkan pada hari Jumaat 8 Disember 2000 M bersamaan 12 Ramadhan 1421H.
COGANKATA
BERSWADAYA MENUJU KEGEMILANGAN
VISI
Dalam tempoh pentadbiran ini BKMNS berhasrat untuk menjadi Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang terbaik dan menjadi contoh kepada BKAN yang lain dalam semua bidang dan lapangan seperti pendidikan, teknologi maklumat, kepimpinan, pengurusan, akhlak, syaksiah, kebajikan, kemudahan, ekonomi dan juga sukan
MISI
1. Menjalankan program ilmiah secara berterusan dan berperingkat-peringkat
2. Melatih dan mencungkil bakat baru dalam kepimpinan
3. Memperbanyakkan sumber kewangan
4. Memberi galakkan dalam pembangunan sukan
5. Meningkatkan kualiti pengurusan persatuan.
6. Memastikan kebajikan ahli berada ditahap seimbang
7. Menjalinkan hubungan yang baik diantara pihak Kedutaan Besar, Jabatan Penuntut Malaysia serta Kerajaan Negeri
8. Mempelbagaikan sumber kewangan BKMNS
9. Mengimbangi kemahiran rohani dan jasmani dikalangan ahli
10.Mengeratkan hubungan dengan pelajar-pelajar Malaysia se-Jordan
11.Meningkatkan kerjasama dikalangan Badan Kebajikan Anak Negeri dan Persatuan Zon yang lain
PENAUNG
Menteri Besar Negeri Sembilan
Pejabat Menteri Besar,
Tingkat 5, Blok B
Wisma Negeri, 70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Kedutaan Besar Malaysia ke Amman
Jalan Umawiyyin,Abdoun
P.O Box 5351, Amman 11183
T.H.K. of Jordan
ALAMAT
P.O. BOX 27
61621 Mu’tah , Karak
T.H.K. of Jordan
E-MAIL : bkmns@msdjordan.jo
salam..nak wat perubahan pada alamat email BKMNS (bkmns@msdjordan.jo)
harap maklum..
TYDP BKMNS sesi 08/09
By: ~nogoriku~ on August 8, 2008
at 11:05 pm
waalaikumsalam wbt,
terima kasih atas makluman.
By: mppm.jo on August 9, 2008
at 12:50 am