SEJARAH PENUBUHAN
Pada hari Khamis, tanggal 06 April 1995M bersamaan 04 Zulhijjah 1414H, tertubuh secara rasminya sebuah Persatuan Anak Negeri Kelantan yang dikenali dengan Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan atau ringkasnya KMKJ. Idea penubuhan persatuan ini adalah hasil bersama seluruh anak negeri Kelantan di Jordan. Objektif utamanya penubuhannya ialah menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas islam bagi anak-anak Kelantan di Jordan.
Proses penubuhan mengambil masa 4 bulan bagi menyediakan draf undang-undang dan perkara yang berkaitan. Proses ini dikendalikan oleh pihak penaja yang dipengerusikan oleh YB Ust Nik Zawawi Salleh dan dianggotai oleh beberapa orang pelajar antaranya Ust. Haron Sulaiman, Ust. Wan Mohamad Zamri Wan Salleh, Ust. Azhar Arifin,Ustz. Mazlina Muhammad dan lain-lain.
Pihak penaja telah melantik lujnah penggubal draf perlembagaan yang diketuai oleh Ust Mazlan Ibrahim. Draf ini telah diluluskan secara rasminya pada Mesyuarat Agung Kali Pertama KMKJ dengan beberapa perubahan.
Dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama, pihak SPR telah mengumumkan semua calon telah menang tanpa bertanding dan perlantikan secara rasminya Yang diPertua yang pertama Ust Azhar Arifin@Yaacob serta Ketua Hewanya Ustz Mazlina Muhammad. Pada tahun 1996 Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan ditukar kepada Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan yang berkekalan sehingga sekarang.
MOTTO KESATUAN
Mahasiswa Berwawasan Islam Gemilang
DASAR
Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas Islam.
OBJEKTIF
o Menjaga hal ehwal kebajikan pelajar KMKJ
o Mengeratkan silaturahim di kalangan ahli
o Menjadi saluran rasmi di antara pelajar-pelajar Kelantan dengan kerajaan Negeri Kelantan khasnya dan kerajaan Malaysia amnya.
o Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada ahli.
o Menjalinkan perhubungan dengan persatuan-persatuan lain di Jordan khasnya dan di luar Jordan amnya.
o Berusaha meningkatkan prestasi akademik di kalangan ahli.
VISI
o Mewujudkan suasana ukhuwwah yang erat di kalangan ahli
o Mewujudkan biah ilmiah & islamiah
MISI
o Memantapkan kepimpinan AJK Badan Pengurus
o Berusaha untuk meyakinkan dan menuntut kepercayaan ahli kepada AJK Badan Pengurus
o Merancang dan membuat aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah di samping aktiviti-aktiviti jasmani
o Sentiasa menziarahi ahli ( setiap mantiqah )
o Jalinkan hubungan dengan badan kebajikan anak negeri yang lain serta wujudkan hubungan dengan Kesatuan Pelajar Kelantan Luar Negara ( khusus Mesir & Syria)
ALAMAT
P.O.Box 36,
Mu’tah 61621, Karak
The Hashemite Kingdom Of Jordan.
maklumat KMKJ ni betul ker?!
sbb 4 Dzulhijjah 1414h bersamaan 22 Mei 1994m, di mane ia adalah penubuhan BKPJJ bukan KMKJ
jika mengikut penukaran kalendar gregorian kpd hijjri dlm software islamic finder, 6 April 1995 adalah bersamaan 6 DzulQaedah 1415h..
tak tau la kalau saye salah ke, kalender tu salah ke, yg menaip tu salah ke kan…
By: ~telahmeneliti~ on August 8, 2008
at 8:48 pm
Segala maklumat di dalam laman web ini adalah daripada setiausaha BKAN dan persatuan itu tersendiri. Tiada penambahan yang dilakukan oleh Admin.
Namun, setelah diteliti kembali maklumat yang diberikan KMKJ, terdapat percanggahan info dari segi tarikh penubuhan. Pihak kami akan memastikan kembali kesahihan info tersebut dengan KMKJ.
Terima kasih atas ketelitian dan keprihatinan.
By: mppm.jo on August 8, 2008
at 8:57 pm
hmm, sbnarnya maklumat ttg visi dan misi kmkj yg ditulis tu adalah maklumat pada sesi 2 tahun yg lepas (ydp-habidin). Mungkin s/u kmkj tersilap hntr maklumat yg terkini.
By: amir razak on August 9, 2008
at 9:39 pm
assalamualaikum
terima kasih kerana prihatin..
maaf kerana memang perlu ade sdikit perubahan kt info kmkj atas ni, insyaAllah nnt akan diberitahu perubahannya..
maaf atas segala kesalahan/kesilapan..
By: nik on August 9, 2008
at 11:59 pm
Assalamualaikum WBT.
Ana ingat nak sambung ke Jordan nanti bulan September n. Ana nak pilih Mu’tah. La ni, ana sedang isi borang. Nak cari biasiwa lagi atau pinjaman. Macam mana kos kat sana? Kata orang YIK, RM4000 yuran sesemester, jolo ke? Nama ana Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas.
By: Izzat al-Kutawi on March 31, 2009
at 10:20 am
salam…
bagi pelajar lepasan SPM negeri kelantan adakah disediakan pinjaman bagi melanjutkan pelajaran di JORDAN…?
By: arieff on April 12, 2009
at 3:25 am
insyaAllah…pres KMKJ akan inform semula maklumat shbt2 yang bertanya mengenai anak kelantan…maaf atas kelewatan kerana sudah berukar web sblm ini…
By: BPK on April 16, 2009
at 9:25 pm