Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan atau ringkasnya MPPMJ ditubuhkan pada bulan Oktober tahun 2000 bersamaan 1421H dan telah dirasmikan oleh Dato’ Hishamudin Tun Hussein yang merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada ketika itu. MPPMJ ditubuhkan atas kesedaran bersama persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan untuk berada di bawah satu majlis perwakilan yang menyelaras, menyatu dan mmewakili suara semua pelajar Malaysia di Jordan. MPPMJ dianggotai oleh 4 Persatuan Zon (PZ) dan 11 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dengan bermotokan “Kepimpinan Bestari Kombinasi Kualiti”.
b)Hala Tuju
Ke arah memartabatkan MPPMJ di peringkat antarabangsa
c) Visi
Memantapkan organanisasi dan mengukuhkan kedudukan MPPMJ di kalangan seluruh ahlinya
d) Misi
i- Memantapkan organisasi
ii- Meningkatkan kerjasama di antara Persatuan Zon dan Badan Kebajikan Anak Negeri
iii- Merelevankan MPPMJ di kalangan mahasiswa Malaysia di peringkat Jordan
e) Carta Organisasi
MPPM dipimpin oleh Ahli Majlis Eksekutif (AME) yang dianggotai oleh Ahli Majlis tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM).
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sesi 2008/2009
Presiden
Dzulqarnain Ahmad Iskandar Shah
TImbalan Presiden 1
Shahrul Ifwat bin Ishak
Timbalan Presiden 2
Nurfaezza bt Mohd Mokhtar
Setiausaha Agung
Khairul Anwar b Ibrahim
Timb Setiausaha Agung
Mahfuzah bt Azmilumur
Bendahari Agung
Aladin b Muhamad
Timb Bendahari Agung
Rabiatul Adawiyah bt Abd Latif

carta organisasi?
By: shauqah_wardah on August 9, 2008
at 3:13 am
Alfusalamunalaik…
moga mppmj terus maju…
klau blh letakkan carta organisasi…pengenalan logo…serta kronologi mppmj…
selain itu,sy cadangkan segala iklan2 mngenai program2 yg bakal di jalankn…bolehlah terus di iklan kn dlm blog ni…n natijah atau pape pun hasil stp prog blh di sebarkan,di beritakn dlm blog ni…
akhir kalam…same2lah menggembleng kekuatan…seta…memasakkn keilmuan…menuju hadaf yang satu…
By: mahasiswi al-azhar on August 29, 2008
at 2:09 pm
terima kasih kerana melancarkan laman interaktif mppm. tetapi, saya harapkan ada sesuatu yang boleh dijadikan anjakan paradigma untuk memantapkan lagi laman interaktif ini… saya cadangkan agar mppm membuat satu laman khas yang berkaitan untuk membantu mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke jordan, kerana urusan untuk kemasukan ke jordan ini melalui proses yang agak lama. terima kasih
By: aladibafzan_attawawi on September 15, 2008
at 10:50 pm
Asssalamualaikum w.b.t.
Alfu Mabruk wa Barakallahulakum jami’an atas kesungguhan MPPM membantu mahasiswa kita yang memerlukan bantuan. Teruskan usaha murni seumpama ini. Entah macamana dalam cuaca yang sejuk (musim tengkujuh) teringat kenangan lama ketika menuntut di Jordan. Abu Sami, Abu Muhammad, Dr. Solah & Keluarga dan Masjid Abdur Rahman Auf, Dr. Sharaf Qudah, Dr. Barakat, Dr. Lalial, Dr. Abu Hamdeh, Dr. Jaser, Dr. Hasan Abu Aid, Arif Abu Aid dll, Suweileh, Jubaihah, Baqaat, University of Amman banyak meninggal kenangan indah kepada saya sebagai generasi pertama ditaja oleh KPT ke Jordan (1989). Teruskan perjuangan kalian untuk membawa pulang segolong ijazah yang menjadi harapan keluarga dan Ummah seluruhnya.
By: Dr. Nizaita Omar & Dr. Zulkifly Muda on December 5, 2008
at 9:17 am
اليوم…أول موة اشوف هى موقع…على كل الحال مبروك عليكم…لازم برضه بتحكى عن السيرة انشاءه
By: kamal on December 14, 2008
at 10:58 am
الله يبارك فبك.. ولكن, لماذا تكتب باللغة العامية؟ على كل حال, شكرا كثيرا على اهتمام بهذا الموقع.. (“,)
By: husnanajwa on December 23, 2008
at 11:26 pm
Assalamualaikum…
Alfu mabruk li haza al majlis…..sesungguhnya nama mppm mengingatkan kpd nama sebenar persatuan iaitu PPMJ-Persatuan Pelajar Malaysia Jordan yg menjadi kontroversi pada tahun 1993-96…Pelajar-pelajar pada masa itu masih belum ramai tetapi elemen-elemen perpecahan wujud menyebabkan persatuan yg diujudkan utk menaungi pelajar mengalami masalah2 yg rumit… Walaupun begitu sbg salah sorg penumpang batch ke 4 (1992)…saya merasa gembira melihat perkembangan terkini di sana….semoga MPPm ini bebas dari elemen2 yg boleh merosakkannya…Amin…Atamanna lakom at taufiq wan najah…
By: pakya on March 2, 2009
at 12:29 pm
assalamualaikum.. ana sekadar menjejaki sahaabat lama.. dah jumpe dah.. dzulqarnain iskandar syah.. syukran.. ex-sambest ..:) 2000..form 1.. jadi MPP.. mantap!~ semoga terus maju jaya
By: malaysia people on March 10, 2009
at 9:40 pm
Selamat menimba ilmu..
Nanti pulang tanah air..tunjuk ajar ku..
By: Arni on March 13, 2009
at 8:56 am