Posted by: mppm.jo | July 11, 2008

Pembuka kata

AssalamualaikumWarahmatullhi Wabarakatuh Segala pujian hanya bagi ALLAH tuhan sekalian alam, selawat dan salam semoga dicucurkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wasallam yang telah membawa risalah suci, menunaikan amanah jua pemberi nasihat kepada ummat, serta semoga dicucurkan jua ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat dan para pengikut sunnahnya.

Pertamanya, syukur alhamdulillah kerana semenjak penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) pada tahun 2000M akhirnya dengan izinNYA laman web MPPM ini dapat dilancarkan buat pertama kalinya. Sesungguhnya pelancaran laman web adalah teramat penting bagi memperkenalkan MPPM di mata ahli dan juga yang bukan ahli seperti mereka yang berada di luar Jordan. Tidak lain ia juga dapat membantu menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat, fakta-fakta, isu-isu semasa, perkembangan MPPM itu sendiri dan apa-apa jua yang sememangnya insya’ALLAH memberi manfaat kepada ahli, pelawat dari dalam dan luar negara. Dengan kewujudan laman web ini juga alangkah indah kiranya ia menjadi landasan bagi menyatukan fikrah dikalangan pelawat agar pemahaman-pemahaman yang merosakkan aqidah, hukum-hakam dan akhlak dapat ditangkis sedaya mugkin. Kerana musuh-musuh Islam sudah sekian lama menyerang umat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam melalui peperangan saraf sehingga berjaya memecah-belahkan masyarakat Islam dengan ideology-ideologi ciptaan mereka. Mudah-mudahan segala isi yang bermanfaat dapatlah dijadikan pengajaran jua pedoman.

Firman ALLAH yang bermaksud :

“Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran yang baik”.

(Surah Al-Nahl 16: Ayat 125)

Firman ALLAH yang bermaksud :

“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka.”

(Surah Al-Syura 42: Ayat 15)

Akhir kalam, ucapan berbanyak-banyak terima kasihdan tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan pelancaran laman web MPPM ini. Semoga usaha ini terus- menerus demi menyampaikan mesej Islam dan mudah-mudahan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari ALLAH ta’ala. Wallahu ‘alam. Wassalamu ‘alaikum.

Muhammad Azman Bin Mohd Husin,

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Jordan,

Sesi 2007/2008.


Responses

  1. Assalamualaikum w.b.t

    Tahniah MPPM kini sudah mempunyai laman untuk berinteraksi di alam maya. Sudah 8 tahun penubuhan..alhamdulillah cita-cita untuk mempunyai laman web sebagai medan menyampai fikrah dan ladang informasi berjaya diadakan.

    Alf Mabrook!

  2. Waalaikumsalam w.b.t
    Terima kasih. Moga didoakan laman web ini istiqamah dalam memberi input-input berguna. Sokongan anda amat kami perlukan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: