Posted by: mppm.jo | July 12, 2008

Komen Isu Bersih

Antara sebab ditubuhkan BERSIH merujuk kepada kenyataan mereka menerusi website www.bersih.org : “Only when elections are clean and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively.”

Penyokong-penyokong kepada BERSIH meliputi segenap lapisan masyarakat, antaranya ialah Group of Concern Citizen (GCC), Tamil Foundation, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Malaysian Youth and Student Democratic Movement (DEMA), Women Development Collective (WDC), All Women’s Action Society (AWAM), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) dan prti-parti politik sendiri seperti Parti Islam Se Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP).

BERSIH menuntut satu pilihanraya yang telus dan adil, dan telah menghantar memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, dalam usaha untuk merealisasikan matlamat dan tujuan serta kehendak rakyat Malaysia dalam pilihanraya.

Melihat kepada motif penubuhan serta sokongan yang begitu padu dari segenap lapisan masyarakat, saya secara peribadi bersetuju dan menyokong penubuhan BERSIH yang dilihat dapat memberikan satu impak yang besar kepada Negara. BERSIH tidak sama sekali boleh disamakan dengan gerakan HINDRAF yang muncul tidak lama selepas penubuhan BERSIH. Perjuangan BERSIH meliputi segenap lapisan masyarakat, dan tidaklah sampai ke tahap memalukan kerajaan Malaysia dengan tindakan2 ganas sewaktu demonstrasi ataupun melibatkan negara luar seperti yang telah dilakukan oleh HINDRAF.

Disediakan oleh,

Syafawati Salihin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: