Posted by: mppm.jo | August 13, 2008

Mangsa Persatuan

Oleh : Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak*

“sepanjang ana jadi ALT, 3 subjek ana rasib”
“anta dah jadi mangsa akhowat ”
“tu la, aktif sangat sampai tak tidur malam”

Konsep persatuan mengikut kertas sangat menguntungkan seseorang. Kemahiran insaniah, pengalaman, kepimpinan, berinteraksi dengan orang lain. Namun itu semua berdasarkan kertas kerja MBO dan pendapat mereka yang sangat mencintai persatuan, namun bagaimana pula dengan hakikat sebenar dan apa pula kata mereka yang anti persatuan?

Gadaikan Akademik?
Inilah teori popular di kalangan pelajar Mu’tah apabila ditanya mengapa tidak berminat dengan persatuan. Teori itu semakin terbukti benar apabila dipraktikan pula oleh sebilangan orang dalam persatuan sendiri. Mana tidaknya, siang hari sibuk dengan urusan belajar, malam mesyuarat sampai larut, kemudian menerima dan membuat panggilan mengalahkan wakil rakyat, dan keadaan semakin teruk apabila terbawa-bawa ke dalam kelas. Jika melibatkan pihak atasan terpaksa ponteng kelas namun diringankan atas istilah ‘urusan kerja’. Lebih parah lagi jikalau seseorang itu memegang terlampau banyak jawatan. PZ pun dia BKAN pun dia MPPM pun muka dia. Maka, dirinya akan diperhati oleh orang yang anti-persatuan untuk melengkapkan statistik mereka agar teori mangsa persatuan akan diiktiraf oleh pelajar lain.

Tiket Sosial.
Ini juga satu perkara yang menarik. Berpersatuan dianggap peluang untuk berkenal-kenalan dengan akhawat dalam suasana masyarakat di sini yang dikatakan ‘shadid’. Hanya orang persatuan sahaja yang boleh datang ke rumah akhawat atas alasan mesyuarat, untuk muraqib perempuan pun dia sebab lebih dikenali berbanding orang lain. Sedar tak sedar, cemburulah orang di luar persatuan. Mereka pun hendak berkenalan dengan kaum berlainan jantina namun agak terbatas disebabkan tiada urusan. Maka, urusan persatuan itulah yang dikatakan tiket untuk bersosial berlainan jantina.

Membazir atau menyumbang?
Ini pun antara teori yang menarik untuk menghentam persatuan dan ahlinya. Kisah ini bermula apabila orang yang berpersatuan ingin meminjam duit dari mereka yang anti- persatuan, namun terus dihentamnya. ” tu la kau, mak ayah bagi duit untuk belajar, nape guna untuk orang lain”. Mana tidaknya, hendak sediakan minit mesyuarat, surat jemputan, kertas kerja, tambang, makanan, kredit semuanya terpaksa didahulukan dengan duit sendiri. Bagi orang yang berjiwa persatuan ini, terasa tidak sanggup untuk menuntutnya daripada bendahari.

Kebaikan yang dibisukan.
Tidak dapat dipastikan samada mereka yang anti dengan persatuan itu apakah kehendak mereka. Samada secara peribadi ataupun memang satu kajian yang telah diadakan bersungguh-sungguh demi membuktikan persatuan itu membawa masalah. Ataupun mereka ingin mewujudkan sebuah persatuan alternatif mereka sendiri. Sekiranya dinilai, ada benar juga teori mereka walaupun ada yang tidak tepat. Namun, mengapakah kebaikan itu dibisukan dan mengapakah keburukan itu dilaung-laungkan, mengapa tidak ‘ditaslih’ kan sahaja kekurangan tersebut dengan penyertaan mereka? Akhirnya fahamlah saya, kita sebenarnya berhadapan dengan makhluk yang silap sekiranya ingin kebaikan kita disebut atau dihargai.

Terima kasih bagi yang memahami.
Namun, janganlah pula lupa dibelakang kita masih ramai lagi rakan-rakan yang memahami akan hakikat perjuangan ini. Masih ramai yang menghargai. Mereka sering berdiri teguh dan kadang-kadang melemparkan kritikan. Namun, kritikan tersebut lebih bermakna apabila mereka sendiri yang membaikinya agar kelihatan lebih cantik. Orang-orang sebeginilah yang amat diperlukan tidak kira di sini ataupun apabila pulang nanti. Tidak kiralah walaupun hanya sekadar AJK kecil ataupun sebesar-besar pemimpin kita bukan melakukan sesuatu yang sia-sia, namun untuk mendapatkan sesuatu, kadang-kadang kita terpaksa berkorban atau kita kehilangan sesuatu. Pimpinan akan silih berganti, dasar juga akan sentiasa berubah. cuma matlamat sahaja yang akan tetap centric. Ke Arah Permata Matang 2009…

*penulis adalah ketua biro akademik PERMATA sesi 2007/2008


Responses

  1. saya tertarik nak beri komen terhdp penulisan nih, best la sape yg dapat tulis nih. bagusnye meluahkan perasaan.. bersuara! tp dpt perhatian MPPM/PZ/BKAN ke tak, tak tau la kan…

    well, saye ni bukan la anti persatuan sgt, dah tak la terlalu mengikut pula persatuan2 nih. sederhane je la. saye suke nak mengulas beberape perkare.

    1. antare sbb kenape ade kelompok yg anti persatuan, adalah sikap diskriminasi badan pentadbir suatu persatuan. perkare ni bukan baru berlaku, tp dah lame dah saye nampk. cth: kalau kite tgk org tu suke berhibur sikit, kite tolak die ke tepi. org tu suke tergelak ketawe (wlhal nak hiburkan hati die yg sakit hati), kite buang name die dari dlm list sbg org yg boleh memberi sumbangan dlm prsatuan. tak keterlaluan saye katekan bhw kite juge terlalu pesimis terhdp kwn2 kite yg ‘lembut’, kite anggap perkare tersebut sbg satu kelemahan mereka. Sdgkn kite sbnrnye bute.. kite tak nmpk btp smgt nye mereka dlm brkerje, btp tekun dan dedikasi nye mereka, ketegasan mereka, btp tetapnye pendirian mereka dlm membuat kputusn, dan mereka inilah yg sbnrnye mempunyai keupayaan melihat mase depan, nak bw persatuan tersebut ke arah mane..

    tp sayang, mgkin sbb kite ni terlalu suke membuat penilaian melalui mate kasar. ape yg kite nmpk mereka, itulah mereka. kite gagal nak menilai mereka dgn lebih mendlm drp sudut gerak kerja mereka, nilai kreativiti mereka, wawasan mereka, ketegasan dan tetap pendirian mereka.. kite gagal. dan saye cukup tak paham pemikiran kite sbg pelajar (pelajar luar negare?! Jordan lagi) terhdp permasalahan ini. terlalu tertutup ke, tradisional sgt ke atau syadid (bukn berkaitan syari’at) sgt ke kan.. liberal sgt pulak ke mereka, langgar syari’at ke mereke, tak ikut agame ke mereke kan…

  2. 2. masalah lagi satu.. byknye students kat sini nih, asyik menyalahkan persatuan.. kalau boleh, persatuan kene ikut cakap derang nih.. melampau la kalau camtu.. manusia ni pelbagai ragam. dlm prsatuan ade 40, 50, 100 ahli. prsatuan la ke yg kene dgr cakap 100 ahli ni bile kite nak wat aktiviti.. badan pentadbir prsatuan lak cume satu (bukan bilangan AMT nye). kenape la tak kite yg 100 org ni jadikan diri kite ni fleksibel dgn mase dan tenage kite lak..

    jawapan mudah je, sbb kite ni telalu suke bg alasan. seboleh-boleh kite cari alasan nak elakkan diri terlibat ngan aktiviti persatuan nih. boikot tuh..!! kite terlalu pentingkan diri sendiri kan. kite tak rase nak bersama dan kite ketepikan nilai keadilan.. sayang sungguh. manusia terlalu prejudis.. begitula kelompok masyarakat di sini, belum lagi bw kpd masyarakat yg lebih besar, belum lagi berbingcang tentang ummat Islam. Sombong!! Kite tak cube nak jadikan diri kite ni fleksibel dengan keadaan. wlhal persatuan dah se’fleksibel’ mgkin susun jadual xtvt supaye tak nak mengganggu waktu stadi/exm ahli.

    3. badan pentadbir pun satu hal. tak de wawasan, takde gerak tumpu yg jelas. naik jadi MT, ME.. mesyuarat, surat-mesyurat, kutip yuran, keluakan perbelanjaan, aktiviti 2-3 thn lepas dilaksanakan semule, tambah aset kalau nak tmbah, aktiviti pasal akademik ahli sikit2.. takde rase kan, nak cube sesuatu yg baru.. tak de rase kan nak pikir mcm ne nak bgunkan modal insan (oh ade org tak suke saye gune modal insan ini- kite tuka la). takde rase kan mcm ne nak jane usaha yg dpt menggerakkan sumber tenage manusia. malangnye, kite tak pandai nak gunekan kelebihan dan keupayaan yg ade pada ahli2 kite.. sbb nye kite tak celik hati, kite takut amik risiko, kite tak mmpu nak tgk mase depan, kite tak de nilai PROFESIONAL, kite tak berfikiran terbuka (sbb takut dpt cop LIBERAL-yg org salah gunekan istilah nih).. kite sebuk nak perkasekan itu ini, yg sbnrnye kite perkasekan adalah mulut yg reti berckp je, nak org dgr ckp kite kan. akhirnye tenggelam hilanglah potensi mahasiswa, Muslim lagi..

  3. salam,
    saya salah seorag yg aktif dgn bakan di jordan akhir 99 dan awal 2000-2001. memang betul apa yg dikatakan itu. ada yg positif dan ada juga yg negatif.

    masalah pokok ialah kematangan. melihat dunia sekecil jordan untuk diukur kehidupan umpama ia adalah tanah tumpah darah.

    saya hanya matang apabila pulang ke malaysia dan bekerja sebagai pensyarah ipta. sedarlah kehidupan alam dunia ini cukup luas. kita perlu pratikal, berpandangan jauh dan kritis dgn persekitaran.

    apa yg ada di jordan boleh disimpulkan sebagai sebagai persekitaran hipokrit. terutama kalangan akhawat yg agak sempit pemikiran mereka.

    terminologi popular yg dilambung dan dipahat ialah thiqah, puak liberal, jamaah, irc, umno dll adalah suasana jumud yg melatari pelajar malaysia jordan.

    saya meyarankan agak dihakis sikap label-melabel yang berlaku secara tegar dlm masyarakat pelajar.

    menumpukan perhatian yg maksimum kpd pengajian.

    bertindak tekad dan berusaha penguasai bahasa arab fusahah secara komprehensif iaitu menulis, bertutur dan berkeupayaan membaca teks-teks thurath islam.

    tiga perkara tersebut jika berjaya dicapai maka anda adalah orang yang gembira dan yakin apabila pulang dan berada dalam masyarakat malaysia.

    jika tidak anda akan berasa rugi dan insaf…tapi sudah terlambat bukan. ayuh…..jgn byk tidur, kurangkan berpolitik dlam persatuan dan tumpukan pd pelajaran.

  4. TEPUK DADA TANYA DIRI…TEPUK DADA TANYA IMAN…BERPERSATUAN DAN BERORGANISASI JUGA ADALAH PERLU PADA KITE…NABI SAW JUGA MENGGALAKKAN KITE BERPERSATUAN N BERORGANISASI…DALAM HAL NI KITE XPERLU SALING MENYALAHI…TETAPI SALING MEMBANTU…PENGAJIAN DAN PERSATUAN PERLU LAH SEIRING…KITE LAH YG PERLU BIJAK MEMBAHAGIKAN MASE…REZKI ALLAH SENTIASE BRADE DI MANE2…BERSANGKE BAIK LA DGN NYA…AKHIR KALAM…GEMBELENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN,JULANG THAQOFAH BAKTI DI CURAH…

  5. Apa-apapun…kita jangan jadi Gi-PANG…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: