Posted by: mppm.jo | September 21, 2008

Minggu Haluan Siswa 2008

Kesyukuran dan kenikmatan dirafa’kan ke hadrat Allah di atas segala limpah kurnia-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhamad S.A.W, para sahabat, tabi’in, auliya’ dan para syuhada’.

Pertama sekali, tidak terlambat rasanya untuk saya ucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum kepada semua mahasiswa mahasiswi yang baru menjejakkan kaki untuk menuntut ilmu di bumi anbiya’, bumi Jordan ini.

Fiman Allah swt dalam surah hujurat, ayat 10:

﴿ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Sesungguhnya, sejarah Rasulullah dan para sahabat menunjukkan contoh yang terbaik untuk teladan kita semua. Kehadiran golongan muhajirin Mekah ke Madinah disambut baik oleh golongan Ansar. Ukhuwah yang disatukan atas dasar iman inilah yang akhirnya membuahkan kejayaan dan prestasi membanggakan sehingga umat Islam berjaya menguasai negara Madinah mengatasi kaum lain yang ada.

Justeru kita sebagai penuntut di dataran syam ini seharusnya mengambil iktibar dengan peristiwa terutamanya kesan tinggalan sahabat yang ada di sekeliling kita. Semailah ukhuwah sesama kita atas dasar iman yang satu tanpa mengira asal negeri, sekolah dan sebagainya. Semoga dengan persaudaraan dan kesatuan yang dibina, membuahkan hasil yang baik untuk kita semua sama ada di dunia ataupun disimpan untuk kebaikan kita di akhirat kelak.

Kepada mahasiswa mahasiswi yang baru tiba di Jordan. Tetapkan matlamat, tuluskan niat. Minggu Haluan Siswa (MHS) diadakan bertujuan membantu dan membimbing anda semua ke arah matlamat tersebut. Semoga dimudahkan segala usaha kita semua ke arah matlamat yang ingin dicapai itu.

Seterusnya, tibalah masa kita membuktikan ketulusan niat kita dengan menterjemahkannya di dalam kehidupan harian kita selepas ini. Sekiranya dataran syam ini pernah menjadi saksi kehebatan para sahabat di dalam medan tempur, tempat ini jugalah yang akan menjadi saksi kesungguhan  dan pengorbanan kita semua dalam menuntut ilmu Allah yang luas ini.

Akhir kalam dari saya, semoga MHS yang diadakan ini dimanfaatkan secara optima bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga usaha ini bernilai di sisi Allah Ta’ala dan membuahkan ganjaran yang terbaik di akhirat yang kekal abadi, InsyaAllah.

Dzulqarnain Bin Ahmad Iskandar Shah

Presiden,

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM),

Sesi 2008/2009.


Responses

  1. ingin mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke uni yarmuk,,dan yang blh sye hubungi di malaysia

  2. Assalamualaikum wbt,
    untuk kemasukan ke univ. di Jordan, segala maklumat dan urusan perlulah melalui KPT Malaysia atau JPM Jordan
    Sila rujuk http://www.mohe.gov.my/ atau http://www.msdjordan.jo/

    Dalam masa yang sama, pihak kami sebagai persatuan induk telah memanjangkan permintaan saudara kepada entiti yang berkaitan. Saudara akan dihubung dalam masa terdekat, insyaAllah

  3. Salam alayk…
    saya ingin bertanya…
    bagaimana untuk menyambg masters syariah di jordan???
    apa syarat kelayakannya??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: