Posted by: mppm.jo | October 8, 2008

Memartabatkan Kualiti Penganjuran PERTAMA dan KARISMA

Untuk memperkenalkan ciri-ciri MPPM dari sudut dasar, organinasi, misi ataupun visi bukanlah suatu perkara yang diambil perhatian oleh ahlinya di seluruh Jordan. Minat berorganisasi mahasiswa masih bukan di tahap yang membanggakan untuk mereka melihat MPPM dari sudut itu ditambah pula dengan bebanan sistem pengajian di universiti seluruh Jordan. Namun, apabila disebut berkenaan PERTAMA dan KARISMA, jelas terbayang pada ahli itulah MPPM. Kedua-dua program ini mempunyai ‘gah’ tersendiri dan satu-satunya program yang mampu menghimpunkan mahasiswa seluruh Jordan.

Persidangan Tahunan Mahasiswa Jordan ( PERTAMA ) setelah 7 tahun tidak dianjurkan, kembali dihidupkan pada tahun lepas. Penganjuran yang kali terakhirnya sudah lama tidak diteruskan hingga menjadi buah mulut orang itulah PERTAMA kali pertama dan terakhir. Namun, dengan kesungguhan pentadbiran sesi lepas serta komitmen daripada jawatankuasa program berjaya menghidupkan kembali sehingga membuahkan resolusi walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran.

Dengan misi dan visi mengantarabangsakan MPPM di mata mahasiswa Malaysia luar negara, mengapa tidak dijadikan PERTAMA sebagai jambatan untuk mempromosikannya? Seharusnya kelebihan dan keunikan suasana mahasiswa Malaysia Jordan ditonjolkan kepada dunia luar. Alhamdulillah, Presiden MPPM mengambil serius untuk sesi kali ini. Penyertaan beliau dalam Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia ( PERMIS ) di Mesir baru-baru ini diharapkan dapat menarik pimpinan mahasiswa Malaysia timur tengah khasnya dan dunia amnya untuk mengunjungi MPPM dan ahlinya di Jordan.

Berbalik kepada Karnival Akademik Kebudayaan dan Sukan ( KARISMA ) yang diasaskan oleh sesi lepas. Dengan penganjurannya yang lebih berbentuk program ihtifal dan ukhuwah kesukanan, penganjurannya cuba di’upgrate’ kan daripada kejohanan piala duta dan festival sukan siswi. Namun untuk penganjuran kali pertama yang menghimpunkan 450 mahasiswa seluruh Jordan bukan satu tugasan yang mudah dari sudut teknikalnya. Apa pun tahniah atas perlaksanaannya sehingga ke majlis penutup.

Sebagaimana PERTAMA, KARISMA yang dianjurkan pada sesi lepas bolehlah dianggap di peringkat percubaan untuk menjayakan misi MPPM. Namun, satu perkara yang berharga untuk sesi ini ialah muhasabah dan pengalaman dari sesi lepas. Dengan mempelajari dan bermuhasabah daripadanya, perancangan dan staregi untuk memperkasakannya boleh dimulakan dengan lebih awal. Hasrat ini senada dengan komitmen Ketua Biro Pembangunan Minda dan Akademik ( BPMA )serta ketua Biro Kebudayaan dan Sukan ( BKDS ) MPPM yang meletakkan sasaran lebih baik untuk penganjuran kali ini.

Untuk mahasiswa Malaysia se Jordan, MPPM juga mengharapkan komitmen dan sokongan anda dalam menjayakan kedua-dua program ini sekaligus mencapai misi dan visi kita semua. Semoga bertemu kembali di PERTAMA dan KARISMA

Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak,

Timbalan Presiden  1 MPPM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: