BKAPJ

Sejarah Penubuhan
Pada 17 Februari 1995 satu badan penaja telah ditubuhkan dan di pengerusikan oleh Saudara Ahmad Husni Hj.Hassan bagi merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh plhak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan.

Akhirnya, badan penaja dapat merealisasikan impian setiap anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan ringkasannya IMPJ dan dalam Bahasa Arab رابطة الطلبة البيراقيين بالاردن. Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 04 Mei 1996 bersamaan 15 Zulkaedah 1416 pada hari Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahaidi, University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.

IMPJ bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa dan berdasarkan dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam menjalankan pengurusan dalam segala hal yang berkaitan kebajikan dan akademik para pelajar Perak berlunaskan kesyumulan Islam. Selain itu, matlamat penubuhan IMPJ ialah:

(I) Sebagai badan penggalak kepada para pelajar Perak di Malaysia untuk menyambung pelajaran di Jordan
(II) Meningkatkan prestasi akademik di kalangan pelajar Perak
(III) Mengeratkan tali persaudaraan dan semangat muhibbah di kalangan pelajar
(IV) Menjaga kebajikan pelajar Perak di Jordan

Nama pertubuhan terpaksa ditukar pada tahun 1999 kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau ringkasnya BKAPJ, manakala Bahasa Arab pula lalah:

الجمعية الخيرية للطلبة البيراقيين بالأردن

Nama ini telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai pertubuhan rasmi. Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ini kepda Jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf penlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMPJ. Tindakan ini dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMPJ yang telah menyatu padukan anak-anak Perak di Jordan dalam sebuah keluarga.

Maka dengan itu, Mesyuarat Agung Penubuhan BKAPJ telah diadakan secara rasmi pada tarikh 19 Jun 1999M bersamaan 6 Rabi’ul Awal 1420 pada hari Sabtu. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan draf perlembagaan untuk menjadi dustur BKAPJ. Struktur organisasi BKAPJ telah diperkemaskini agar lebih teratur dan terancang dalam menjalankan khidmat kebajikan kepada ahli.

Bekas Presiden Ikatan Mahasiswa Perak Jordan (IMPJ) Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ)
1. Sdr. Jamnul Azmin bin Mulkan – 1996/1997
2. Sdr. Mohd Asri bin Khalek – 1997/1998
3. Sdr. Muhammad Imran Hj Ibrahim – 1998/1999
4. Sdr. Zahrul Nizam bin Abdul Majid – 1999/2000
5. Sdr. Izham Hasni Mad Isa – 2000/2001 – 2001/2002
6. Sdr. Muhamad Hazimin Sulaiman – 2002/2003
7. Sdr. Mohd Norzarir bin. Arshad – 2003/2004 – 2004/2005 – 2005/2006 – 2006/2007
8. Muhammad Fahmi bin Ghazali – 2007/2008

Objektif
BKAPJ menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dan panduan utama dalam melaksanakan objektif utama penubuhan ini iaitu

1) Memberi khidmat kebajikan kepada ahli BKAPJ.
2) Menyatukan Mahasiswa Islam Perak dalam satu persatuan.
3) Bertindak sebagai badan penggerak ke arah kecermerlangan ahli dalam semua bidang.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
5) Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain.

Moto

“Berilmu Beramal Bertaqwa”

Gabungan tiga elemen penting dalam setiap individu muslim yang sebenar iaitu ilmu, amal dan taqwa. Ia juga melambangkan misi dan visi setiap mahasiswa dan mahasiswi Perak yang datang untuk menimba llmu dan pulang untuk berbakti kepada masyarakat.

Program dan aktiviti
BKAPJ juga banyak menjalankan aktiviti serta program berdasar dan berteraskan kebajikan kepada anak-anak Perak yang berada di Jordan. Aktiviti dan Program merangkumi program-program llmiah seperti forum, ceramah, kursus dan sebagainya. Aktiviti luaran turut menjadi agenda aktiviti kami seperti mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti luaran. Objektif kami supaya setiap ahli bukan sahaja menjadi mahasiswa yang hebat di bidang akademik malah mempunyai fikiran yang matang dan bernas bersesuaian dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi sebagai mahasiswa dan mahasiswi muslim abad baru.

Hubungan
Sehingga ke hari ini BKAPJ telah mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Kebajlkan Anak Negeri yang lain di Jordan serta Persatuan Mahasiswa Malaysia di universiti-universiti tempatan (Jordan). Hubungan rasmi juga telah dijalinkan di antara pihak persatuan dan juga pihak Majlis Jabatan Agama Islam Perak serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semenjak mula ditubuhkan lagi. Selain dan itu, BKAPJ berharap supaya di masa-masa yang akan datang hubungan dua hala dapat dijalinkan dengan persatuan ¬persatuan mahasiswa Malaysia di Timur Tengah juga di Malaysia sendiri serta di seluruh dunia agar dapat bertukar maklumat serta pengalaman untuk dikembalikan kepada ahli sebagai satu sumbangan. BKAPJ juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang disatukan di bawah bumbung Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: