BKMPJ

Pada awal penubuhannya, BKMPJ telah diasaskan oleh pelajar di bawah tajaan Yayasan Pahang (YP). Ketika itu, BKMPJ di bawah pemerhatian dan mendapat bantuan kewangan daripada Yayasan Pahang sendiri. Tetapi setelah Yayasan Pahang memberhentikan penghantaran pelajar ke Jordan, persatuan ini telah terabai selama beberapa ketika .

Inisiatif untuk menggerakkan BKMPJ telah timbul semula pada tahun 2005 apabila terdapat beberapa pelajar persendirian dan pelajar di bawah tajaan JPA serta MARA yang berasal dari negeri Pahang telah dihantar belajar ke Jordan. Rentetan itu, mesyuarat BKMPJ kali pertama telah diadakan pada 24 Mac 2005 di Bayt Ma’wa di Waro’ Funduk Hijazi, Irbid dan telah dihadiri oleh semua pelajar Negeri Pahang di kawasan Irbid ketika itu iaitu seramai lapan orang (lima orang lelaki dan tiga orang perempuan). Pada mesyuarat tersebut kami telah membentuk satu organisasi BKMPJ yang baru untuk pentadbiran sesi 2005/2006. Maka terbentuklah BKMPJ yang baru dengan ahli rasminya seramai lapan orang tanpa ahli bersekutu.

Sebulan kemudian, mesyuarat kali kedua telah diadakan untuk menggubal semula draf perlembagaan yang sedia ada untuk menyesuaikan perlembagaan tersebut dengan organisasi yang baru. Selepas itu, BKMPJ telah mula menjalankan beberapa aktiviti secara perlahan-lahan. Memandangkan jumlah ahli yang sedikit, BKMPJ tidak berpeluang untuk menganjurkan program-program yang besar kecuali jika ada kerjasama dengan badan-badan anak negeri yang lain.

Pada awal tahun 2006, jumlah ahli BKMPJ telah bertambah menjadi lapan belas orang termasuk ahli bersekutu. BKMPJ juga telah mendapat peruntukkan kewangan daripada Jabatan Penuntut Malaysia, Jordan. Ini memudahkan BKMPJ untuk meneruskan pentadbiran dan menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan kerana sebelumnya persatuan ini hanya bergantung dengan kutipan yuran ahli sahaja setelah tidak mempunyai hubungan dengan Yayasan Pahang.

Semoga BKMPJ akan terus kekal dan dapat bersaing dengan badan-badan anak negeri yang lain di samping terus menjaga kebajikan ahli-ahlinya di masa-masa akan datang.

Responses

  1. […] semua, ia masih digunakan lagi oleh Pelajar-Pelajar Pahang yang berada di Jordan sekarang. Rujuk […]

  2. Salam Ukhuwwah kepada semua pelajar Pahang khususnya MPP BKMPJ , salaman ‘atiran min watani Bahanji malizi . Selamat berjuang fi Sabilillah dalam menuntut ilmu di perantauan bumi Syam ( Bumi Para Anbiya’) , moga kalian /saudara berjaya dalam menuntut ilmu dan menjadi Daie dalam membuat perubahan di negeri Pahang darul makmur. Takbiiir!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: