BKPJJ

Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) telah ditubuhkan pada pada 22 Mei 1994, Ahad bersamaan 11 ZulHijjah 1414h. Perlembagaan rasmi badan kebajikan ini juga telah dibentuk buat kali pertamanya pada hari yang sama dalam Mesyuarat Penubuhan BKPJJ yang diadakan di petempatan pelajar Johor di Mazar, Karak, Jordan. BKPJJ adalah merupakan badan kebajikan pertama yang ditubuhkan di Jordan ini dan bernaung terus di bawah Kerajaan Negeri Johor pada ketika itu selain turut bernaung dibawah Kedutaan Besar Malaysian Amman. Dengan jumlah ahli yang ramai pada ketika itu, BKPJJ menjadi sebuah badan kebajikan yang cukup aktif dan kaya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyatukan pelajar-pelajar Johor yang menuntut di Jordan, mengutamakan kebajikan ahli dan melaksanakan aktiviti yang dapat menjana ekonominya. Pun begitu, bilangan ahli BKPJJ yang berdaftar saban tahun berkurangan. BKPJJ juga tidak dapat bergiat aktif seperti dulu apatah lagi bermula pada tahun 2002, badan kebajikan ini tidak lagi mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri. Kini, BKPJJ mula menyusun semula gerak kerja agar dapat bergerak deiringan dengan badak-badan kebajikan yang lain. Perlembagaan rasmi BKPJJ telah diperkasakan dengan memberi perhatian lebih untuk menyatupadukan seluruh pelajar Johor yang menuntut di Jordan ini. Gerak tumpu juga sudah dirancang untuk memberi fokus utama kepada aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan sahsiah ahli, tarbiyah dan keupayaan membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Pelan tindakan 5 tahun sudah dirancang untuk dilaksanakan. BKPJJ juga sudah mampu memberi bantuan kewangan kepada ahli sebagai satu usaha kebajikan dengan bantuan keadaan kewangan yang agak stabil pada ketika ini. Adalah diharapkan agar BKPJJ dapat mengulang kembali sejarah lama menjadi badan kebajikan yang aktif dan cemerlang sejajar dengan motto badan kebajikan ini “Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”

Alamat surat-menyurat
Jabatan Penuntut Malaysia Jordan
P.O.Box 143310
Amman 11844
The Hashimite Kingdom of Jordan
E-mail: bkpjj_mppm@yahoo.com

Responses

  1. carta organisasi?

  2. ni unit multimedia yg uruskan.. sush kitorg nak updatekan maklumat utk ttpn umum. perlukan pnjelasn lanjut gak drp mppm berkaitan laman web ni, dn mcm ne bkan2/pz2 boleh updatekan maklumat berkaitan persatuan masing2..

    byk je maklumat yg kitorg berikan sblm ni.. tp yg dipaparkan disini hanyelah sejarah penubuhan.. gerak kerja, organisasi dan pelan tindakan kami tak dimuatkan di sini..

    mcm mane tu ek mppm?!!

  3. Terima kasih atas respon anda.

    Sila hantarkan maklumat anda ke e-mel Admin iaitu mppmjordan@gmail.com

    Harap dapat membantu. Wallahu3lam. wassalam.

  4. eh, yayasan johor datang ni, sape2 yg ptt gi lah buat menyibuk sikit. Mudah2an lah mudah nak dpt Yayasan Johor nnti tuk masa akan dtg…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: