MSSJ

SEJARAH PENUBUHAN
Sebenarnya penubuhan persatuan anak negeri Melaka kali ini adalah pembukaan semula persatuan anak negeri Melaka kerana telah dikhabarkan oleh En. Zaimuddin bin Hussein, Atache Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia, bahawa telah wujud persatuan anak negeri Melaka sebelum ini yang telah diberi nama Badan Kebajikan Anak Melaka Jordan (BKAMJ). Tetapi telah dibubarkan selama dua tahun kerana tiada ahli persatuan yang tinggal dan kesemua data persatuan telah hilang kecuali logonya yang diperolehi daripada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM). Oleh itu beberapa pelajar Melaka telah bersepakat untuk membuka persatuan ini semula kerana tidak mahu Persatuan ini hanya tinggal sejarah walaupun Melaka adalah bandaraya bersejarah.

Maka pada hari Khamis, tanggal 06 Disember 2007M/ 27 Zulkaedah 1428H, tertubuh secara rasminya sebuah Persatuan Anak Negeri Melaka yang dikenali dengan Malacca Student Society of Jordan atau ringkasnya MSSJ. Idea penubuhan persatuan ini adalah hasil bersama seluruh anak negeri Melaka di Jordan, tetapi mula dicadangkan oleh En. Zaimuddin bin Hussein kepada Faizal bin Ibrahim iaitu satu-satunya pelajar tajaan kerajaan melaka di Jordan pada tahun 2007-2008. Visi penubuhan MSSJ adalah untuk melahirkan insan yg cemerlang seterusnya menjana ummah yg terbilang dan Misi pula untuk memupuk ukhuwah yg padu dan jitu dikalangan ahli menerusi modus operandi yg telus.

Proses penubuhan mengambil masa satu bulan bagi menyediakan draf undang-undang dan perkara yang berkaitan. Proses ini dikendalikan oleh Ahli Majlis Tertinggi MSSJ yang pertama yang dipengerusikan oleh Aiman Abdul Latiff selaku Yang di-Pertua pertama MSSJ dan dianggotai oleh beberapa orang pelajar antaranya Faizal bin Ibrahim (Timbalan Yang di-Pertua), Nurazzahra binti Kamarudin (Naib Yang di-Pertua), Muhammad Firdaus bin Kinawan (Setiausaha), Siti Mardhiah binti Roslan (Timbalan Setiausaha), Muhamad Ariff bin Muhamad Noordin (Bendahari), Siti Khuzaimah binti Abdul Karim (Timbaland Bendahari), dan lain-lain.

Pihak Ahli Majlis Tertinggi MSSJ telah melantik lujnah penggubal draf perlembagaan yang diketuai oleh Faizal bin Ibrahim. Draf ini telah diluluskan secara rasminya pada Mesyuarat Agung Kali Pertama MSSJ dengan beberapa perubahan.

Dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama, semua ahli rasmi MSSJ sesi 2007-2008 semua calon telah mengundi untuk melantik semua jawatan Ahli Majlis Tertinggi. Keputusan perlantikan secara rasmi Ahli Majlis Tertinggi yang pertama Aiman Abdul Latiff(Yang diPertua), Faizal bin Ibrahim (Timbalan Yang di-Pertua), Nurazzahra binti Kamarudin (Naib Yang di-Pertua), Muhammad Firdaus bin Kinawan (Setiausaha), Siti Mardhiah binti Roslan (Timbalan Setiausaha), Muhamad Ariff bin Muhamad Noordin (Bendahari), Siti Khuzaimah binti Abdul Karim (Timbaland Bendahari).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: