PUTRA

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya PUTRA telah ditubuhkan pada 30 April 1998M bersamaan 4 Muharram 1419H. Penubuhan persatuan secara rasmi ini menjadi satu tuntutan kepada masyarakat pelajar Terengganu di bumi Jordan supaya menjadi satu simbol kesatuan pelajar demi menguruskan segala permasalahan ahli terutamanya berkaitan dengan kebajikan pelajar. Persatuan ini dinaungi oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) yang mendapat naungan penuh oleh Jabatan Penuntut Malaysia (Jordan).

Bermotokan “Generasi Beriman Penjana Wawasan” yang mempunyai maksud tersendiri iaitu keimanan adalah antara satu jalan untuk mencapai wawasan oleh setiap mahasiswa. Oleh itu untuk mencapai wawasan tersebut, mahasiswa harus maju dalam semua bidang termasuk akademik dan cara hidup berpersatuan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila keimanan dan kecemerlangan selari maka akan muncul satu ummah yang gemilang bagi memimpin generasi masa hadapan.

Persatuan Mahasiawa Terengganu Jordan juga mempunyai dasar utama iaitu menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas Islam. Selain itu wujudnya juga objektif utama dalam persatuan ini seperti menjaga kebajikan ahli persatuan, mengeratkan ukhuwwah Islamiah di kalangan ahli Terengganu di Jordan, meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik di kalangan ahli, mengadakan hubungan mesra dan muhibbah dengan persatuan lain di dalam dan di luar Jordan, menjadi badan penyatu pelajar, menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan dasar dan matlamat persatuan, berperanan sebagai saluran rasmi di antara ahli dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan sebagainya. Dari segi struktur pentadbiran persatuan ini dikendalikan oleh Majlis Mesyuarat PUTRA seramai 7 orang yang terdiri daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Timbalan Bendahari Agung. Selain itu terdapat 4 biro ditubuhkan di bawah PUTRA iaitu Biro Kemasyarakatan, Biro Penerangan dan Penerbitan, Biro Dakwah dan Pendidikan dan juga Biro Ekonomi.

Persatuan ini juga melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti asas seperti program Rehlah Mahabbah PUTRA, Usrah, Dialog Terbuka, Majlis Ramah Mesra, Majlis Hari Raya, perjumpaan dengan delegasi-delegasi Kerajaan Negeri Terengganu yang datang melawat ke Jordan serta berbagai-bagai lagi. Semua ini bertujuan untuk menyatupadukan dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya di bumi Jordan ini.

Bilangan keseluruhan mahasiswa di bumi Jordan ini yang bernaung di bawah PUTRA sehingga hari ini lebih kurang 85 orang. Berkat sokongan moral dan kerjasama para ahli telah memberi aspirasi yang tinggi kepada PUTRA untuk meneruskan gerak kerja demi mencapai hala tujunya tanpa mengenal erti penat lelah dan putus asa. Kini setelah enam tahun penubuhannya, dengan berbekalkan semangat ketabahan para pemimpinnya dari dulu hingga sekarang, PUTRA akan terus sentiasa berusaha meningkatkan lagi gerak kerja dan sentiasa optimis dalam menjayakan visi dan misinya di samping mengukuhkan lagi sof dan kebajikan para ahlinya demi menyahut cabaran era alaf baru yang mendatang.
Wallahua’lam.

Responses

  1. Saya dan beberapa Malaysian yang bermastautin di Saudi Arabia berhasrat untuk berkunjung ke Jordan. Kami ingin menghubungi sesiapa yang boleh menjadi tourist guide kepada kami disana. Kepada sesiapa yang sudi memberi khidmat, sila email to me.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: