PERMATA

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah PERMATA merupakan persatuan yang mempunyai paling ramai ahli berbanding persatuan-persatuan universiti lain di Jordan .Justeru itu, merupakan satu tuntutan kepada masyarakat pelajar di bumi Mu’tah supaya ditubuhkan sebuah persatuan rasmi sebagai simbol kesatuan pelajar demi menguruskan segala permasalahan ahli terutama perkara yang berkaitan dengan akademik dan kebajikan pelajar, maka dengan persetujuan bersama Jawatankuasa Penaja dibentuk untuk merealisasikan tujuan tersebut.
Setelah draf perlembagaan selesai digubal, satu pemilihan yang pertama telah diadakan untuk membentuk ahli jawatankuasa sehubungan itu juga Draf Perlembagaan PERMATA telah disahkan di dalam Mesyuarat Agung kali-1 pada 28 oktober 1999 sekaligus secara rasminya Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah PERMATA ditubuhkan pada tarikh tersebut.

Cogankata

Cemerlang Maju Gemilang


Kecemerlangan adalah suatu yang dicita-citakan oleh setiap mahasiswa.Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan mahasiswa harus maju didalam semua bidang termasuk akademik dan cara hidup berpersatuan.Apabila kecemerlangan dan kemajuan telah selari, maka akan muncul satu ummah yang gemilang bagi memimpin generasi masa hadapan.

Dasar Persatuan
Dasar PERMATA ialah Al-Quran dan Hadis.
Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas islam.

Objektif/Matlamat
1- Menyatukan mahasiswa/wi Universiti Mu’tah ke Arah perpaduan dan perkara-perkara kebajikan
2- Membina dan meningkatkan kesedaran ahli dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang akademik.
3- Mendekatkan mahasiswa/wi memahami cabaran semasa,budaya keilmuan dalam konteks masyarakat global.
4- Mewujudkan dan merapatkan hubungan dengan semua pihak yang tidak bertentangan dengan dasar PERMATA.
5- Melenyapkan belengu pemikiran yang sempit,jumud dan individualistik dikalangan mahasiswa/wi sekaligus melahirkan semangat kekitaan dan daya pemikiran yang positif serta mampu berinteraksi dalam semua keadaan.

Alamat Surat Menyurat
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA),
P.O Box 41,
Mu’tah, 61621 Karak,
The Hashemite Kingdom Of Jordan.

Telefon
+962-0779 371 321

E-mel
permata_mutah@msdjordan.jo
permata07_dihati@yahoo.com
permata99@multiply.com

Responses

  1. Assalamualaikum wrh wbh.

    salam perkenalan.! saya ingin bertanya ttg pengajian master di universiti mu’tah, bilakah pengambilan akan dibuat….prosesnya..serta yuran penagajiannya. dan bagaimna kos sara hidup bulanan sbg seorg penuntut di mu’tah diperlukan bg seorg. dan siapakah yg perlu sy hubungi disana dlm membantu hal2 ini..bantuan pihak tuan amatlah saya hargai…syukran jazilan

    p/s: hrap blas dgn segera.

  2. tambahan kpd pertanyaan diatas….utk pengetahuan pihak tuan saya ingin memohon pengajian dlm bidang pengajian islam. sgl info dr pihak tuan, boleh juga dikirim mlalui emel saya…terima kasih sekali lagi..!

  3. ana pun sama dengan kedua2 di atas. Ana insya-Allah gi Jordan tahun ni gak. Harappertanyaan2 seperti di atas dijawab segera. Ana dah banyak kali serve internet untuk tahu pasal kos tapi tak jumpa. Ok abang2! Wassalam.

  4. saya pun hendak bertanye seperti perkara diatas berkaitan yuran kos dan masa
    terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: