PRISMA

Tahun 1994 merupakan tahun pertama anak Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Mafraq. Kesemua mereka merupakan pelajar di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Yayasan Pahang. Mereka ditempatkan di sebuah universiti yang baru dibuka iaitu Al-alBayt. Pada ketika itu, keadaan para pelajar agak tertekan akibat daripada suasana universiti yang membosankan dengan kekalutan sistem pentadbiran tahun pertama universiti. Ditambah lagi situasi di asrama yang diibaratkan sebagai penjara dengan pelbagai peraturan yang menyesakkan jiwa.

Rentetan daripada itu, semua pelajar telah membuat satu memorandum agar mereka dipindahkan. Empat orang wakil setiap tajaan menyampaikan memorandum ke Malaysia. Mereka ialah Suhaimi Sudin (KPM), Mahmood Kassim (KPM), Fakhrunnizam Ishak (JPA) dan Zulkarnain Ahmad (Yayasan Pahang). Pada 19 Disember 1994 Dato Amar Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan pada ketika itu merupakan wakil kerajaan Malaysia dihantar bagi meninjau sendiri keadaan sebenar Al-alBayt yang akhirnya membawa keputusan yang mengecewakan. Memorandum mereka gagal. Akhirnya pelajar terpaksa akur meneruskan pembelajaran di Al-alBayt.

Setelah PMMJ (Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan) terkubur, pelajar memikirkan perlu untuk mereka bersatu di bawah satu kesatuan. Lalu terbitlah idea untuk menubuhkan persatuan universiti bagi menjaga kebajikan mereka khususnya di Mafraq. Satu jawatankuasa Penaja Persatuan dibentuk dan pada 23 Februari 1995 pilihanraya pertama diadakan untuk memilih barisan kepimpinan. Pada 25 Februari 1995 keputusan pilihanraya diumumkan dan tercatatlah sejarah PRISMA (Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-alBayt) yang ditubuhkan secara rasmi.

PRISMA adalah ringkasan daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-alBayt dan dalam Bahasa Inggerisnya ialah Malaysian Al-alBayt Student Association ringkasnya MASA. Ia telah ditubuhkan pada Hari Sabtu, 25 Februari 1995M bersamaan 25 Ramadhan 1415H. PRISMA ditubuhkan untuk memelihara hal-ehwal kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al-alBayt, Jordan di samping memelihara hal-ehwal akademik mereka. Tidak lupa juga PRISMA diwujudkan untuk menjadi agen penyatuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini dan menjadi wasilah antara mereka dan persatuan-persatuan lain yang ada di bumi Jordan demi menjaga dan menjamin kebajikan mereka.

Sekarang ini PRISMA merupakan sebuah persatuan yang ditadbir oleh 5 orang Ahli Majlis Tertinggi bahagian siswa dan 5 orang bahagian siswi dengan diketuai oleh presidennya yang dipilih melalui pilihanraya yang diadakan setahun sekali. Persatuan ini dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Jordan, dengan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) sebagai penasihat kehormatnya.

Dan PRISMA sebagai persatuan universiti yang pertama ditubuhkan terus kekal dan berusaha mencapai segala objektif penubuhannya sehinggalah ke hari ini.

Responses

  1. السلام عليكم و رحمة الله
    Saya, merupakan pelajar dari Sabah, Malaysia yang pernah menuntut di Uni. Al al-Bayt dan kemudian Uni. Mu’tah, Jordan dan telah menamatkan pengajian pada hujung tahun 2001 dengan kelulusan Jayyid Jidan. Kini saya ingin melanjutkan pengajian di peringkat Master/Sarjana dalam bidang Fiqh Wa Usul di Uni. Al al-Bayt Jordan. Justeru itu, saya ingin memohon jasa baik daripada pihak PRISMA untuk membuat ijrahat bagi pihak saya dalam perkara tersebut. Segala dokumen yang diperlukan akan saya kemukakan dan sila nyatakan tindakan sewajarnya yang patut diambil. Syukran

  2. waalaikumussalam..
    kepada Mohammad Ali Abdullah, sy rasa, lebih baik us taklifkan pada seseorang.. kalau cakap umum macam ni kurang berkesan hasilnya.. wallahu a’alam…

  3. salam…
    klu nk mtk tolong cek nama leh tak?sy bru apply bru2 ni

  4. السلام عليكم و رحمة الله
    Saya Wan Mohd Saophy Amizul, pernah menuntut di AABU (Batch pertama menjejaki bumi Mafraq bersama teman-teman lain pada 1994).
    Sesiapa antara sahabat-sahabat yang ada terbaca respons ini… silalah hubungi ana di e-mel: amizul@dbp.gov.my.

    Utk pengetahuan semua, idea asal logo PRISMA datangnya daripada ilustrasi pada kemeja-t al al-bayt university yang ana lukis dan diubah suai oleh sahabat ana Mohd. Khairul Faizi (lama dah tak dengar cerita).

    Harap teman-teman lama dapat hubungi ana..

  5. Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah 15 tahun berlalu sejak kali pertama ana menjejak kaki di Al-albayt. Sebagai generasi pertama 1994, memang terlalu banyak kenangan suka duka dan pahit manis dilalui di bumi Mafraq.Apa khabar agaknya sahabat-sahabat seperjuangan dahulu? Mungkin masing-masing sibuk dengan keluarga dan tugasan. Namun kenangan bersama tetap terpahat kukuh diingatan. Alangkah indah kalau kita dapat bersatu kembali. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.
    Bokhari hasan. Temerloh, Pahang.

  6. Dah lama tak dengar cerita sahabat2. Zulkarnain Ahmad kat mana sekarang? Begitu juga yang lain ( Mahmood, Suhaimi, Wan Rumaizi dll)

  7. sila berhubung degan presiden PRISMA.. sabran jamil bin abd razak..+962776988112

  8. Assalamualaikum.

    Saya sedang mencari tempat yg baik untuk mengambil Qism Fiqh wal Usul / Syariah. Boleh tak pihak persatuan ceritakan serba ringkas mengenai pengajian di Jamiah Al-AlBayt , suasana belajar, mashaikh, subjek2, dan kelas2 tafaqquh luar kampus.

    Terima kasih

  9. Salam

    AABU, sebagai generasi pertama 1995-1999, al-bayt dan Prisma adalah kenangan yg tidak dapat di pisahkan apatah lagi dilupakan. Kepada rakan-rakan yg masih mengenali saya bolehlah hubungi saya di rumaizi@iiu.edu.my
    Saya kini bertugas di Univ Islam Antarabangsa.
    Kepada generasi pertama AABU (dan juga generasi yg seterusnya) , ada disediakan platform utk berkomunikasi melalui yahoo group: albayt9499. Silalah daftarkan diri anda disana. Alumni group ini dipelopori oleh saudara kita Ustaz Zamri Rajab. Semoga tautan ukhuwwah kembali segar.


Leave a comment