Posted by: mppm.jo | May 17, 2009

Laman web ini telah berpindah

asslamualaikum, harap maaf,laman web mppmjordan telah berpindah ke server baru http://www.mppmjordan.com

kami meminta maaf kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam blog ini, kerana blog ini sudah tidak aktif,

bagi mereka yang hendak bertanya soalan tentang pengajian di Jordan, sila ke laman web ini http://www.mppmjordan.com

Posted by: mppm.jo | April 16, 2009

Tinta Admin

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, laman web mppmjordan telah dapat diperbaiki….   sila ke laman web ini

http://www.mppmjordan.com

Posted by: mppm.jo | April 16, 2009

Sambung belajar di Jordan

Kredit untuk Hilal Asyraf daripada blog www.langitilahi.com

http://ms.langitilahi.com/sambung-belajar-ke-jordan/

Semestinya, selepas keputusan SPM keluar, maka pemilihan IPT akan menjadi isu utama kepada lepasan-lepasan SPM. Saya ingin mengambil saat dan ketika ini untuk mempromosikan tempat belajar saya, yakni Jordan. Lebih spesifik lagi, Irbid. Saya tidak akan hanya mempromosi University of Yarmouk, tetapi saya akan promosi juga pengajian di Jordan Univeristy of Science and Technology(JUST)

Kelebihan pertama apabila anda studi di sini adalah, ini adalah bumi para anbiya. Tanah-tanah di sini menjadi saksi perjuangan golongan awal pembawa amanah ALLAH untuk menyebarkan deen ALLAH sejak zaman berzaman. Jordan juga pada hakikatnya termasuk di dalam tanah Syam yang diberkati.

Kita bicara berkenaan tempat dahulu. Kenapa saya promosi Irbid, Jordan? Bukan mantiqah(daerah) lain di Jordan ini? Hal ini kerana, Irbid merupakan satu mantiqah yang unik kerana ia mengumpulkan dua aliran yang berbeza, iaitu deeniah dari University of Yarmouk, dan perubatan/pergigian dari JUST. Kedua-dua universiti ini juga dikira dekat dengan tempat tinggal pelajar. Lebih istimewa, ¾ pelajar melayu Jordan adalah berada di Irbid.

Oleh kerana komuniti melayu di sini ramai, maka kehidupan menjadi tidak ditdan ketinggian akhlak. Kalau anda hendak tahu, profesor-profesor di Yarmouk dan JUST sangat menghormati orang melayu. Masyarakat di sini juga, majoritinya memuliakan orang melayu. Semuanya kerana ketinggian syahsiah, dan adab yang ditunjukkan oleh senior terdahulu.

Untuk meneruskan kehidupan harian, seperti membeli barang, ke univeristi dan sebagainya, maka Irbid memang tempat yang strategik. Hal ini kerana, Irbid merupakan bandar kedua terbesar selepas Amman, yakni ibu negara Jordan. Kedai-kedai barangan harian bersepah di Irbid ini. Tambahan, barangan komputer juga mudah didapati.

Kedudukan Universiti juga amatlah dekat, tambahan untuk pelajar yarmouk. Jarak tempat tinggal pelajar, ke universiti Yarmouk hanya memakan masa sepuluh minit dengan berjalan kaki. Bagi pelajar JUST pula, mereka perlu menaiki bas. Tetapi itu bukan masalah, kerana ada ramai orang melayu yang akan menemani anda.

Kita lihat pula kursus yang disediakan.

Untuk Yarmouk ialah: Usul Fiqh, Usuluddin, Dirasat Islamiyyah, Bahasa dan Ekonomi Islam.

Untuk JUST pula ialah: Perubatan dan Pergigian.

Baiklah, kita masuk kepada sistem pembelajaran.

Yarmouk dan JUST menggunakan sistem yang sama. Dalam setahun, ada 3 semester. Semester satu, semester dua, dan semester musim panas. Perbezaannya adalah, untuk pelajar yarmouk, semseter musim panas adalah pilihan, manakala untuk pelajar JUST, semester musim panas adalah wajib.

Tetapi untuk pengetahuan semua, semester musim panas hanya sekitar sebulan setengah sahaja. Pendek. Kelebihan untuk pelajar Yarmouk yang mengambil juga sem ini, mereka boleh memendekkan tahun pembelajaran. Hal ini kerana, untuk univeristi Yarmouk, tiada masa tetap untuk menghabiskan pengajian.

Di Yarmouk, pembelajaran dikira mengikut bilangan mata pelajaran. Contohnya saya, saya mengambil Usuluddin. Kursus Usuluddin di sini mempunyai 48 mata pelajaran. Satu sem, pelajar dibenarkan mengambil paling banyak adalah 6 mata pelajaran, manakala paling sikit adalah tiga atau dua. Jika saya mengambil satu sem 6 mata pelajaran, ditambah pula dengan mengambil sem musim panas, maka saya akan habis pembelajaran saya di sini dengan cepat. Sem musim panas, seorang pelajar itu dibenarkan mengambil paling banyak 3 mata pelajaran, dan paling sikit satu mata pelajaran.

Untuk pelajar JUST, mereka sudah disiapkan mata pelajaran, dan jadual mata pelajaran. Pelajar JUST tidak bebas memilih berapa mata pelajaran yang dikehendaki, kerana semua sudah siap disusun.

JUST menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Manakala Yarmouk menggunakan bahasa arab.

Persamaan antara JUST dan Yarmouk dalam sistem pembelajaran adalah, markah dikira mengikut pointer. Kemudian kedua-dua univeristi memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih pensyarah sendiri. Kedua-dua univeristi juga memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menyusun jadual belajar di universiti sendiri.

Kelebihan untuk pelajar JUST, mereka akan menjalani peperiksaan hanya dengan soalan objektif di komputer, tanpa perlu menjawab soalan berbentuk esei atau isi tempat kosong menggunakan pen. Mereka juga, sehingga tahun tiga tidak akan diberikan kerja kursus. Bagi pelajar perubatan dan pergigian, kedua-duanya sama. Apabila masuk sahaja tahun keempat, maka pelajar JUST akan dihantar ke hospital dan klinik untuk praktikal. Bagi pelajar perubatan selama 3 tahun, bagi pergigian selama 2 tahun. Sebab itulah, antara kelebihan belajar di JUST, doktor-doktor yang dikeluarkan akan mampu bermokunikasi di dalam bahasa arab. Anda akan berjumpa pelajar-pelajar perubatan yang hafiz, dan fasih berbahasa arab, malah mampu membaca kitab arab di sini. Jangan terkejut. Dan anda juga boleh jadi seperti itu.

Kita masuk pula kepada kos. Kos akan terbahagi kepada dua. Kos pembelajaran dan kos sara hidup.

Mudahnya, saya tulis begini,

Kos pembelajaran di Yarmouk adalah seperti berikut.

Yuran semester: 35JD = RM210

Yuran subjek:1 subjek 48JD=RM288(kalau satu sem ambil enam=288X6=RM1728

Jadi, katakalah kursus tu ada 48 subjek. Untuk habiskan 48 subjek dalam masa 4 tahun, kosnya adalah 48JDx48=2304JD=RM13824

Untuk kemasukan ke Yarmouk, maka akan ada yuran kemasukan.

Yuran kemasukan itu berjumlah: 50JD=RM300

Juga yuran markaz bahasa: 800JD=RM4800(Markaz bahasa ini wajib diambil oleh pelajar bukan arab selama satu semester sebelum memulakan pembelajaran secara penuh di Univeristi)

Itu untuk Yarmouk.

Untuk JUST, bayarannya adalah mengikut credit hour. Kos belajar di JUST amat mahal. Satu credit hour berharga 200JD=RM1200. Biasanya pelajar perlu mengambil sekitar 18 jam seminggu. Jadi bayaran untuk satu sem di JUST adalah 18×200=3600JD=RM21600.

Bayaran untuk pelajar JUST secara sebetulnya tidak dapat diketahui dengan jelas sangat. Kerana, biasanya pelajar JUST di sini adalah pelajar yang mendapat biasiswa MARA atau JPA. Hal-hal pembayaran akan diuruskan oleh MARA dan JPA. Pelajar biasiswa biasanya tak pening kepala bab bayar yuran ni.

Sebab itulah biasanya, yang pergi ke JUST ini adalah yang memohon biasiswa MARA dan JPA. Bila memohon JPA atau MARA, mintalah program middle east. Untuk yang mengambil perubatan, anda akan mempunyai peluang 50:50. Kerana ada kemungkinan anda akan dihantar ke Mesir. Tetapi bagi yang mengambil Pergigian, anda dengan yakinnya, 100% akan dihantar ke Jordan. Untuk tambahan pengetauan, pengajian pergigian di JUST adalah mudah.

Bab mahal belanja ni, jika ayah anda seorang bisnesman, atau mampu menampung perbelanjaan, maka jangan segan untuk datang ke mari.

Untuk kos sara hidup pula, seorang pelajar itu bisa hidup dengan selesa di Irbid ini jika dia ada sekitar RM600 sebulan, yakni sekitar 100JD. Dengan 100JD, anda boleh membayar sewa rumah, duit api air elektrik, duit dapur, dan ada sedikit duit untuk simpanan, beli kitab, atau hendak joli makan di luar dan membeli aksesori rumah dan sebagainya.

Jadi, saya simpulkan, rutin perbelanjaan di Jordan adalah seperti ini,

Duit poket untuk sebulan: RM600

Yuran satu sem Yarmouk: RM1728(jika ambil enam mata pelajaran)

Yuran wajib sem untuk Yarmouk: RM210

Yuran satu sem JUST: RM21600(18 credit hour satu sem)

Yuran wajib sem JUST: 85JD = RM425

Sebagai pesanan kepada pelajar baru Yarmouk, sebaiknya jika datang ke Jordan, perlulah mempunyai RM6000 di dalam simpanan. Pertama, untuk urusan membeli perabot rumah, kedua, untuk urusan pendaftaran Markaz bahasa yang biasanya hendak cepat.

Inilah dia belanja di Jordan.

Sebenarnya taklah terlalu mahal(untuk pelajar Yarmouk) dan taklah terlalu murah. Sederhana.

Kita masuk ke point akhir, macam mana nak mohon ke Yarmouk dan JUST?

Ha…

Untuk masuk ke Univeristi Yarmouk, mahupun JUST(untuk private), caranya sama sahaja.

Isi borang KPT dan hantarkan kepada KPT semula. Kemudian tunggu jawapannya.

Mana hendak dapatkan borang KPT? Anda boleh mendownloadnya di bahagian BAHAN di website ini. Download, isi, cukupkan semua kehendak borang itu, dan hantar ke KPT.

Untuk pelajar yang ingin memohon biasiswa MARA dan JPA, borang diisi secara online. Tawaran sudah dibuka. MARA juga dimohon melalui laman web JPA. Linknya adalah seperti berikut,

http://www.jpa.gov.my/2009/03/1019/

Untuk mengetahui syarat-syarat permohonan biasiswa JPA dan MARA, anda boleh download syarat-syaratnya di bahagian BAHAN di website ini.

Untuk marhalah seterusnya, atau jika anda mempunyai lagi kemusykilan dan sebagainya, anda boleh contact orang-orang berikut,

Saya sendiri: suriagaruda@gmail.com

Afiq Fawwaz(pelajar JUST): bazinjan75@yahoo.com

Sahel Nordin(pelajar ekonomi Yarmouk): rijalraqaiz_89@yahoo.com

Syaiful Syafizan(pelajar tahun 2 Usul Fiqh Yarmouk): space_odysey87@yahoo.com

 

Kalau nak sambung belajar di Jordan, contact ya.

 

Ps: untuk pengetahuan semua, kini MARA dan JPA telah membuka tawaran biasiswa kepada sesiapa yang ingin mengambil ekonomi ISLAM. Sila rujuk laman web JPA.

Posted by: mppm.jo | April 16, 2009

Tinta Admin

Assalamualaikum…

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung laman web mppm, 

kepada mereka yang meninggalkan pesanan di ruangan komen, Insya Allah pihak kami akan menjawab soalan anda secepat mungkin, jutaan kemaafan dicucapkan kepada mereka yang masih menunggu jawapan daripada pihak kami.

Untuk pengetahuan semua,  laman web mppm jordan di http://www.mppmjordan.com sedang mengalami masalah teknikal , dan insya Allah akan diperbaiki..justeru laman blog ini boleh digunakan sebagai mengganti laman web mppmjordan yang mengalami masalah ..

Sekian , Jutaan kemaafan diucapkan kepada semua

Terima Kasih 

admin http://www.mppmjordan.com

Posted by: mppm.jo | January 4, 2009

A trip to Mu’tah

On the 1st, 2nd and 3rd of January 2009, while everybody were still in the mood of New Year, the committee of Malaysia Students Representative Counsel (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia- MPPM) had a time-spend in Mu’tah, a town which is located about 2-hours from Amman. The visit was held on attempting the ‘ Misi Ukhwah Sejordan’ through ‘Jaulah MT’ which had been one of the most important agenda to develop a good and strong bond between MPPM and the students.

It was a biting cold there in Mu’tah. We were hardly imagined how much the temperature is going to be when the snow starts falling, when it starts raining, and crucially how could they endure the climate.

On the Friday chilled-morning (2nd of January 2009), we started the meeting of ‘Ahli Majlis Tertinggi’ and ‘Badan Pentadbir’ by discussing problems occurred and programs which had been planned for the year. As we infrequently seen each other, we used those precious time to built up conclusion regarding such and such, as well as we also did not miss the part of ‘muhasabah’.

We have been thinking about the plan in which we should arrange to occupy the time of meeting the students there. Since most of the AMT MPPM are medical students instead of Shariah and Arabic Course, we decided to fulfill every audience who came with things and ideas that benefits them as we ended up with the talk entitled ‘Winter Health and Oral Dental Hygiene’. The so-called forum was conducted by the famous emcee from Mu’tah, Saiful Helmi Abd Syukor, with a team of 3 panelists from MPPM, Dr. Dzulqarnain Ahmad Iskandar Shah, Dr. Khairul Anwar Ibrahim and Dr. Nur Faezza Mohd Mohtar. The point of discussion was towards some matter of health problems regarding winter season, the hazards of smoking and oral and dental care. The panelists were heavily-questioned by the audiences who seems enormously-interested to the topics both from the inside of the hall and also via phone-call and sms.. We were very pleased of helping other students on their health consultations. At the end of the event, we were delighted with a-heavy meal-soup, rice and ‘air asam’ specially cooked by the famous chef in Mutah. We enjoyed eating, knowing each other and chatting tremendously. The limited time though does not affect the way of building a strong brother-and-sisterhood relationship among MPPM committee and the students as much.

Saturday morning~ it was the time to leave. The class on the day after (Sunday) hurried us back to our place. We particularly wish to thank the President of Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA), committees and also all the students in Mu’tah for providing us with such a great help, facilities and cooperation. May the bond between us formed far stronger than anything we had ever known.

Salam Ukhwah,
Nur Faezza Mohd Mohtar,
Vice-President 2,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.

Posted by: mppm.jo | December 28, 2008

mppm website has been upgraded

here is the new link for the upgraded website www.mppmjordan.com

Posted by: mppm.jo | December 19, 2008

Iklan AIT

Access to Islamic Thinking

Access to Islamic Thinking

Posted by: mppm.jo | November 24, 2008

Setinggi penghargaan kepada tangan yang memberi

Baru-baru ini kita mengetahui bahawa seorang mahasiswi univ yarmouk, Nabilah Huda bt Zaim telah disahkan menghidap satu penyakit yang kronik. Alhamdulillah pelbagai usaha yang telah kita sama-sama jalankan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau dan keluarga. Wang hasil kutipan derma di kalangan mahasiswa Jordan adalah sekitar JD 5000.00

Setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyumbang harta, tenaga, menguruskan urusan hosp & univ dan lain-lain lagi usaha yang yang dilakukan oleh persatuan-persatuan PZ, BKAN, dan juga semua individu-individu yang terlibat menyumbang apa-apa cara skalipun walaupun sedikit. Semoga Allah membalas segala usaha kita dengan berlipat kali ganda lagi.

Memberi dan terus memberi

Memberi dan terus memberi

Kami telah menerima emel penghargaan daripada pihak keluarga Nabilah Huda. Beliau dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MPPM Jordan. Perkembangan terkini yang diterima petang tadi (24 nov 2008), beliau sudah keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan keadaannya stabil dan bertambah baik.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga sifat ‘memberi dan terus memberi’ ditetapkan dalam hati kita semua.

Posted by: mppm.jo | October 9, 2008

Program Pembangunan Kepimpinan & Kerjaya

Assalamualaikum dan Salam Ceria dari kami untuk kalian semua.

Satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersama Jabatan Penuntut Malaysia Jordan akan mengadakan Program Pembangunan Kepimpinan & Kerjaya Mahasiswa Malaysia di luar negara.

OBJEKTIF :-

  1. Memberi penerangan tentang kepimpinan & kerjaya serta cabarannya.
  2. Menjelaskan hala tuju & kefahaman sebagai seorang pemimpin.
  3. Melicinkan & meningkatkan pretasi pengurusan biro, persatuan atau sesuatu badan organisasi.

SASARAN:-

  • 100 orang wakil setiap pimpinan BKAN & PZ. Dengan kouta BKAN 5 orang, dan PZ 10 orang.
HARI / TARIKH

8.00 – 10.00PG

10.30- 12.30 PTG

2.30 – 4.30PTG

6.00 – 8.00MLM

KHAMIS 16HB

Pendftaran & taklimat

JUMAAT 17HB

Majlis Perasmian

Slot 1

Slot 2

Slot 3

Slot4

SABTU 18HB

Slot5

Slot6

Majlis penutup

bersurai

 

 

 

 

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Palmyra Hotel, Amman.

Setiap wakil BKAN & PZ dikehendaki berpakaian kemas sepanjang program.

Untuk makluman sila hubungi wakil biro perhubungan setiap mantiqah;-

  • Mu’tah -Mohd Adi Amzar 0776561825
  • Mafraq -Hanis Embong 0777267397
  • Irbid    – Zafirul 0779837048
  • Amman -Nuh B. Hazih 0779400531

ETIKA PAKAIAN SEMASA PROGRAM :-

  • Syabab : – Kemeja, tali leher, blazer, berkasut tutup
  • Akhwat :- Berpakaian sopan, blazer
Posted by: mppm.jo | October 8, 2008

Memartabatkan Kualiti Penganjuran PERTAMA dan KARISMA

Untuk memperkenalkan ciri-ciri MPPM dari sudut dasar, organinasi, misi ataupun visi bukanlah suatu perkara yang diambil perhatian oleh ahlinya di seluruh Jordan. Minat berorganisasi mahasiswa masih bukan di tahap yang membanggakan untuk mereka melihat MPPM dari sudut itu ditambah pula dengan bebanan sistem pengajian di universiti seluruh Jordan. Namun, apabila disebut berkenaan PERTAMA dan KARISMA, jelas terbayang pada ahli itulah MPPM. Kedua-dua program ini mempunyai ‘gah’ tersendiri dan satu-satunya program yang mampu menghimpunkan mahasiswa seluruh Jordan.

Persidangan Tahunan Mahasiswa Jordan ( PERTAMA ) setelah 7 tahun tidak dianjurkan, kembali dihidupkan pada tahun lepas. Penganjuran yang kali terakhirnya sudah lama tidak diteruskan hingga menjadi buah mulut orang itulah PERTAMA kali pertama dan terakhir. Namun, dengan kesungguhan pentadbiran sesi lepas serta komitmen daripada jawatankuasa program berjaya menghidupkan kembali sehingga membuahkan resolusi walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran.

Dengan misi dan visi mengantarabangsakan MPPM di mata mahasiswa Malaysia luar negara, mengapa tidak dijadikan PERTAMA sebagai jambatan untuk mempromosikannya? Seharusnya kelebihan dan keunikan suasana mahasiswa Malaysia Jordan ditonjolkan kepada dunia luar. Alhamdulillah, Presiden MPPM mengambil serius untuk sesi kali ini. Penyertaan beliau dalam Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia ( PERMIS ) di Mesir baru-baru ini diharapkan dapat menarik pimpinan mahasiswa Malaysia timur tengah khasnya dan dunia amnya untuk mengunjungi MPPM dan ahlinya di Jordan.

Berbalik kepada Karnival Akademik Kebudayaan dan Sukan ( KARISMA ) yang diasaskan oleh sesi lepas. Dengan penganjurannya yang lebih berbentuk program ihtifal dan ukhuwah kesukanan, penganjurannya cuba di’upgrate’ kan daripada kejohanan piala duta dan festival sukan siswi. Namun untuk penganjuran kali pertama yang menghimpunkan 450 mahasiswa seluruh Jordan bukan satu tugasan yang mudah dari sudut teknikalnya. Apa pun tahniah atas perlaksanaannya sehingga ke majlis penutup.

Sebagaimana PERTAMA, KARISMA yang dianjurkan pada sesi lepas bolehlah dianggap di peringkat percubaan untuk menjayakan misi MPPM. Namun, satu perkara yang berharga untuk sesi ini ialah muhasabah dan pengalaman dari sesi lepas. Dengan mempelajari dan bermuhasabah daripadanya, perancangan dan staregi untuk memperkasakannya boleh dimulakan dengan lebih awal. Hasrat ini senada dengan komitmen Ketua Biro Pembangunan Minda dan Akademik ( BPMA )serta ketua Biro Kebudayaan dan Sukan ( BKDS ) MPPM yang meletakkan sasaran lebih baik untuk penganjuran kali ini.

Untuk mahasiswa Malaysia se Jordan, MPPM juga mengharapkan komitmen dan sokongan anda dalam menjayakan kedua-dua program ini sekaligus mencapai misi dan visi kita semua. Semoga bertemu kembali di PERTAMA dan KARISMA

Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak,

Timbalan Presiden  1 MPPM

Older Posts »

Categories